15 August 2012

kecewa.

Assalamualaikum...

Puasa tu wajib kan? WAJIB. tapi kenapa masih ada yang pandang remeh je? Puasa tu apa? Puasa tu a part of rukun Islam kan? Kalau kita Islam, kita sihat, kita mampu, tapi kita tak puasa tanpa apa-apa alasan yang kukuh, Islam ke kita? Malukan kalau non-muslim yang tahu bahawa bulan ni semua muslim berpuasa tapi dia nampak kita makan minum siang hari? malukan? tak malu? sedangkan aku yang tengok, aku yang rasa malu. sumpah aku malu.

ye betul. aku tak cukup baik, tak cukup alim, tak cukup mantap sampai nak rasa macam ni. aku sedar tu. tapi tu lah kenyataannya. aku rasa malu. aku rasa marah. aku rasa sangat teruk. aku rasa malas nak cakap. aku rasa sedih. aku rasa letih. sebab aku tak mampu langsung nak tegur. sebab Iman aku sendiri aku rasa belum cukup mantap. aku sendiri bersubahat walaupun aku rasa nak tegur. makin aku fikir makin aku rasa sesak. maka aku putuskan untuk berkongsi kekecewaan di sini. 

...menjual makanan kepada orang islam yang tidak berpuasa adalah haram hukumnya...

kawan-kawan, kalau kita tak berpuasa walau atas alasan apa pun, munasabah atau pun tidak, sangat tak patut untuk kita pertontonkan depan orang lain yang berpuasa, lebih-lebih lagi kepada non-muslim. percayalah, sedikit sebanyak pasti mereka akan memandang serong agama islam. 

mungkin ni lah yang dinamakan, umat akhir zaman. serba serbi dipandang ringan. ntah. aku pun tak faham. aku langsung tak faham. sangat tak faham, kenapa selama 21 tahun aku hidup, baru sekarang aku jumpa manusia seperti di atas. syukur aku dah terlepas dari terus bersubahat. Alhamdulillah. aku tak kisah kalau ada yang terasa, ada yang sentap. semoga dengan rasa sentap tu, wujud sedikit perubahan. InsyaAllah.

Nota kaki: siapa pun yang aku maksudkan, doakan lah agar beliau segera berubah ke arah yang lebih baik. mungkin beliau ada sebab yang tidak membolehkan untuk berpuasa. UZUR barangkali. Wallahu'alam. May Allah bless u.

7 August 2012

runsing

Assalamualaikum...


bila rasa tak aman, runsing, tak tenteram, amalkan doa ni. InsyaAllah rasa tenang. kalau tak tenang jugak, it must be something wrong somewhere. mungkin amalan kita yang tak betul. mungkin tiada penghayatan dalam berdoa. 

hmm.. sangat sesak bila runsing. sangat tak seronok bila hati tak tenang. kadangkala bersendirian tu memang perlu untuk kita dekatkan diri pada-Nya. :'( 

selamat malam.

16 July 2012

hadapi dengan senyuman~

Assalamualaikum...

Tahniah, anda berjaya ditawarkan tempat di UiTM. Maklumat tawaran anda adalah seperti berikut : - 

Nama :AMIRAH MARLIZA BINTI R KAMARUDIN
No K/P Baru :
...blablabla...
Program :BM220 - SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) (PEMASARAN)
Kampus :UiTM Kampus Segamat

terbaca je nih...terus jantung macam nak terkeluar... terima kasih Allah! ;') mungkin ramai lagi yang dapat kampus best-best, dapat course best-best... tapi bagi aku, mana-mana dapat pun, kalau niat tak betul, semua akan jadi tak de makna. 

percayalah, ramai lagi kawan-kawan kita yang mengharapkan mereka mendapat tempat dekat UiTM, tapi tak dapat. jadi, untuk kita yang berjaya mendapat tempat ni, bersyukurlah. buat yang tidak berjaya, mungkin rezeki kalian belum tiba. mungkin jugak rezeki berada di tempat lain. who knows, right?

kepada semua kawan-kawan, hadapilah segalanya dengan senyuman. mungkin rezeki kalian lebih besar di tempat lain. Dia lebih tau apa yang terbaik buat kita semua. :) bagi yang dapat tempat jauh, anggaplah ia sebagai satu penghijrahan yang mengajar kita erti berdikari berjauhan dengan family. bagi yang dapat kursus yang tak diharapkan, anggaplah ia sebagai cabaran untuk lebih berjaya. bagi yang berjaya dapat tempat yang best selari dengan kursus yang diminati, perbetulkan niat, belajar dengan tekun (umpama leteran nenek moyang). oh. kita sekarang degree. cabarannya lebih besar. ;) jangan terlalu happy sampai lupa diri. SAY NO to culture shock ok? 

selamat ber-degree! 

Nota kaki: saya nak mintak satu je...doakan saya berjaya ok? >.<

10 June 2012

pelindung yang setia...

Assalamualaikum...

pemangkin semangatku hanya dirimu,
kekuatan itu menjadi benteng buat diriku,
acapkali kau memarahiku, 
aku tertunduk menangis terkelu...

namun..
aku tahu itu semua tanda sayang.

kenangan lalu menggamit rindu,
saat tubuhmu kaku terbaring lesu,
aku tertunduk dalam sendu,
tabahnya aku saat kehilanganmu..

saat jasadmu dibawa pergi, 
aku terasa sepi,
terimbas perbualan di malam hari, 
"apa nasibmu bila aku tiada lagi?"

pelindung setiaku kini telah tiada,
telah jauh nun di sana,
menanti doa insan di dunia,
semoga Allah merahmatinya...


Al-Fatihah~

17 May 2012

Kisah syaitan

Assalamualaikum...


*berkongsi kisah. tirutampal je ni. baca dan hayati.


Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !



Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .

15 May 2012

Pendapatan daripada Nuffnang Malaysia

Assalamualaikum...



hai blogger-blogger tanah air sekalian...! di tengah hari yang panas terik ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang Nuffnang. kenapa Nuffnang? Sebab Nuffnang akan buatkan hari anda lebih cool gittew! Nak tau kenapa cool? Kalau nak tau, kene tau la apa itu Nuffnang dulu. cekidaaauuut!

Nuffnang ni ialah komuniti iklan terkemuka di blog. Melalui Nuffnang anda semua boleh dapat income! Woah! Cool tak? Cool kan... Nak taw cara nak dapat income tuh? Meh la kita gosip-gosip kejap ye.



First of all, for sure la korang kene sign up Akaun Nuffnang sebijik. Bila dah sign up, korang gi kat blog manager, korang letak la blog-blog hebak korang kat situ (link). then, korang isi la ape yang patut. jangan risau, ada pemandu pelancong. Lastly, korang masukkan la iklan Nuffnang kat blog korang. 

***dah berbulan-bulan still takde income? Ha.. yang ni kene fokus

Sebenarnya memang mustahil untuk kita terus dapat kaut income. susah-susah dahulu kan... bagi yang serious gila-gila untuk dapat income tuh, jom follow tips kat bawah ni sikit.

1. posisi iklan. 

pastikan iklan Nuffnang tuh korang letak elok-elok kat tempat dia. kalau untuk hok kepala, letak kek kepala. kalau hok sisi, letak loh kek sisi. kalau hok bawah post, letak gok kek bawah post. gittew lew baru betul... jangan dok ikuk sedak mung je pi letak hok kepala kek sisi, hok sisi kek bawah post. ops! mung pahe dok? hikhik! saya main taram je speaking loghat mana ntah tu. paham-pahamkan ye kalau nak berjaya.

2. bio survey

kat website Nuffnang tu kan, kan ada blogger bio tu, yang tu korang kene update selalu. rasionalnya, supaya pihak Nuffnang tau yang anda masih lagi aktif berbelog. Jangan di biarkan sepi tanpa khabar. lepas dah update yang tu, update sekali survey-survey kat every blog yang korang masukkan tu. korang fokus kat 'about your blog' tu. korang citer la pasal blog korang. kalau dia nak 100 patah kata, korang buat 100. biara sesak mata dia nak baca takpe. tu baru namanya padat.

3. selari

apa yang selari? bio survey dengan blog la. kalau korang tulis korang selalu update pasal cokolat, korang mesti buktikan yang korang memang betul-betul update pasal cokolat. update la banyak-banyak pasal cokolat. kalau korang tulis korang suka berfotografi, update banyak-banyak pasal fotografi. begitulah seterusnya. 

4. kredit

selalulah puji-puji Nuffnang. Siapa yang tak suka di puji. ye dok? hewhewhew! maaf incik Nuffnang.

5. rating blog

pastikan rating blog korang maintain jangan jatuh. kalau hari ni 2, esok mesti 3, lusa kene 4. mesti naik atau maintain. kalau rating bagus, mesti Nuffnang dengan senang hati bagi 'gaji' kat korang.

ops! suka diingatkan, kalau korang nak dapat lebih, korang jadi lah member tetap Nuffnang. Dapatkan status Glitterati. apa tu nak tau? Status Glitterati nih, kalau nak dapat, korang tak boleh masukkan iklan daripada sumber lain macam churp churp ke, apa-apalah lagi. kalau ada, takdelah Glitterati. faham? 

tu je la setakat ni. semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri. saya pon tengok tips ni daripada blog-blog hebak. maka terasa mahu mencuba. dan ternyata berhasil. memanglah income yang korang dapat takkan  sama dengan gaji seorang pekerja hatta cashier. tapi, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan? sabar tu perlu. masa ni lah nak jadi kretip. kan kan?

Nota kaki: Tips tak seberapa tapi harap dapat membantu.

14 May 2012

Budak hilang di sangka lari

Assalamualaikum...



Alkisah masa semester 4. saya dan kawan-kawan terpisah terabur terbalik kod kerana dorm dirombak lagi ikut abjad. maknanya kalau A, semua yang nama mula huruf A akan dikumpul jadi 1 dorm. dan dorm saya ramai AMIRAH. 

alkisahlah lagi, kami ni memang jenis kalau tak de kawan 1 dorm maka mogok 5 hari 5 malam. jadi terabur lah lagi dorm tu kerana berlaku pertukaran ahli dorm. kau naik atas, aku turun bawah. kau dok katil tu, aku dok katil sana, ha kau kat sini, aku dok sana ok? begitulah serba sedikit suasana di tempat kejadian.

beberapa minggu lepas semester bermula, hilang sudah kata-kata, ura-ura nak tukar dorm kerana dah boleh terima kenyataan, jodoh setakat semester 3 sahaja ;). selepas beberapa minggu tu jugak maka masuklah sorang budak baru dalam dorm kami. penuh sudah dorm kami. 

baru-baru dia masuk, kami semua dok kata-kata dia sombong lah, tak pandai campur lah, pelik pon ada. yela, baru hari 1st masuk dah hilang. Hilang? ni ceghitenye....

Masa tu ujung minggu. maka ramai yang balik rumah. biasalah anak mami. tinggallah kami (saya dan sorang kawan) berdua terkontang-kanting. sebenarnya bertiga tapi yang sorang dok bertapa dorm atas. malam yang sunyi sepi tu, kawan saya tidur lah kat katil dia. saya tidur katil junior sebab katil saya kat atas. malas panjat doubledeker.

saya terdengar ade orang panggil "mira". saya diam. eh sat gi ade lagi terdengar. "mira". saya bangun, tapi tak menyahut. saya cuma pergi kat katil si kawan sebab ingat dia takut. langsung lupa lutut sendiri yang terketaq-ketaq. saya suluh muka dia guna henpon cikai. nonrespond. saya pon just fikir dia mengigau. terus lincah balik katil, amik selimut selubung bagai terus buat-buat dah mimpi. masa tu dengar ada orang ketuk pintu. saya anggap tu mimpi. haha!

esoknye...

bangun pagi-pagi pegi mandi nak studi. macam rajin je kan. balik daripada toilet tengok ade lecturer. kalau kat asrama sekolah orang panggil warden. kat kolej tak tau lah ape. lupe. haha! dia tengah soal siasat kawan saya. mana budak yang baru masuk. kenapa tak balik lagi. eh puan. manalah kitorang tau. kitorang tak sempat kenal-kenal dia dah keluar. dengan untie dia ok. bukan hilang. eh, tapi kenapa? kami terbingung di situ.

rupanya, malamtu kecoh pasal budak hilang. ye budak kolej hilang. tapi bukan sebab lari dan takde kaitan pon dengan budak dorm kami yang baru masuk tuh. budak yang hilang tu dikatakan suka merayau sorang-sorang tengah-tengah malam. merayau pun kat blok tu jugak. sleepwalking mungkin. 

la..kecoh bebenor nye pon... maka timbullah bermacam spekulasi di situ. saya teringat suara malam tu. tanya si kawan. dia cakap dia tido dah tak menyedar dan dia tak pernah mengigau. so? *faint! ye sampai sekarang saya tak tau siapa budaknya. begitulah kisahnye. dah habis pendek la ni rasanya. dulu masa sekolah tak suka buat ringkasan. hewhew!

nilah budak yang di sangka hilang. eh dia lah jugak budak yang panggil saya kak mar. wow! terasa howTT! T_T


Nota kaki: jangan bertindak melulu sebelum siasat apa yang berlaku.

12 May 2012

Menjadi tunangan orang tanpa sedar?

Assalamualaikum...



Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan:


Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.





Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.


Nota kaki: saya pernah tak ek? tak ingat la. macam mane? hee~!

9 May 2012

Dera

Assalamualaikum...


Zaman sekarang ni, kes penderaan semakin menjadi-jadi. Dera bayi, dera budak, dera anak, dera isteri. macam-macam la. tapi yang selalu kita dengar ialah pengasuh dera anak majikan. 

bagi saya, orang yang mendera-dera ni sangat lah tidak berperasaan. hanya orang gila kot yang tergamak nak mendera budak. seriously. sangatlah kejam apabila budak yang tak tau apa-apa tu di dera, di pukul. sangat kejam. ye. saya akui saya juga kejam, tetapi hanya terhadap nyamuk-nyamuk dan semut-semut yang kejam terhadap saya. dengan baby saya sangat mesra. hewhew!

baru tadi tengok video penderaan terhadap baby. ada ke patut dia pegi belasah baby tuh dengan bantal busuk dia (rekaan). yela. even pukul dengan bantal je pon, tapi kalau dah pukul dengan penuh perasaan marah siap bunyi pelapak pelepuk, kat baby, kau orang rasa sakit tak? ada adik kecik? cuba lah try. haha! mau kau pulak yang kene pelangkung dengan mama kesayangan.

normallah kalau baby menangis. nama pun baby. alangkah kita pun menangis kalau sakit, ni kan pulak baby. kalau rasa nak pukul baby, cuba fikir, masa kecik dulu, kita pon melalak jugak. tak adil lah untuk baby tu. mesti dia trauma nanti. kesian..tsk tsk! 

eh saya bukan nak membebel. saya cuma bagi pendapat. kalau menurut korang pulak, apa korang fikir pasal kes-kes dera ni. mesti geram kan? kalau tak rasa marah atau geram, saya rasa korang patut buat check up tahap kewarasan. hikhik! 


baby sangat comel! kenapa ada yang sanggup dera budak-budak dan baby-baby? kalau tak nak bagi je saya. nanti saya hantarkan kat umah kebajikan. hehe! yela. saya pon masih di bawah tanggungan, macam mana nak jaga baby. hihi!

Nota kaki: bersyukurlah dikurniakan anak. anak adalah anugerah daripada Allah. amanah Allah. peliharalah dan asuhlah sebaiknya.

8 May 2012

Bahaya Facebook

Assalamualaikum...


#APA YANG TERJADI PADA AKAUN FACEBOOK KITA SELEPAS KITA MENINGGAL DUNIA?

Suatu peringatan sebenarnya bagi kita semua
Mari kita renungkan bersama
Pikirkan bersama.. Jika suatu hari nanti kita mati,
Akaun facebook ini hanya kita yang tau passwordnya..
Hanya kita yang bisa acces...
Dan..

Selepas kita meninggal
Apa yang terjadi pada akaun fb kita..??
Mungkin ada yang akan ucapkan takziah
Mungkin ada yang selalu menjenguk bagi ubat rindu
Tetapi..
Sedarkah kita....??
Gambar-gambar kita..
Akan terus membuat kita terseksa di Alam kubur..
Gambar2 yang tidak ditutup auratnya dengan sempurna
Bagaimana nanti.....??
Para lelaki terus menerus melihat.
Dan kadangkala ada gambar kita yang di tag-kan ke teman2 kita
Walaupun sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada
SAHAM DOSA TERUS MENINGKAT...
Bagaimana...??
Pernah berfikir atau tidak..??
Lengging dan jeans ketat, bisakah menyelamatkan kita...??
Baju yang tidak membalut aurat itu, bagaimana...??

mungkin kini kita masih merasa tak sabar ingin berbagi cerita
Dengan gambar-gambar yang cantik
Tempat-tempat yang sudah kita lewati di muka bumi-NYA.

Tapi di akhirat nanti
Semua itu tidak akan membawa erti
Semua hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup..
Di alam kubur, semua itu tidak sedikitpun dapat menyelamatkan kita

Mari kita bersama-sama renungkan
Saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi
Sampai kita di akhirat.

Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Peliharalah dirimu sebelum dirimu di kafankan
Jagalah harga diri sebagai seorang muslim sejati..
Mati itu pasti..
Persiapkan diri untuk mati itu perlu.. ^^





saya hanya copy daripada teman di fb juga. sekadar renungan bersama. baca dan fahami. selamat beramal. saling mengingati tak salah kan? eh lagi 1. like sesuka hati pon boleh tambah saham dosa. so, fikir sebelum hit button like tu ok. (:

Nota kaki: saya dah kurang upload gambar 'seksimeksi'. hikhik!

7 May 2012

Al-Fatihah~

Assalamualaikum...




Sejurus saya bukak laman muka buku, berduyun-duyun status tentang pemergian seorang sahabat kami, pelajar UiTM JB akibat kemalangan. sungguh terkejut dan tersentak apabila mendapat tahu.

walaupun kami tidaklah rapat dan cuma bertukar segaris senyuman pabila bertembung, tetapi saya percaya arwah seorang yang baik. jika tidak, masakan ramai yang bersedih atas pemergian beliau. termasuk saya sendiri. ;'( tapi percayalah, Allah lebih tau apa yang terbaik buat hamba-Nya.

terbayang-bayang senyuman arwah. tapi, sebanyak mana kasih kita pada dia, sebanyak mana perhatian kita, Allah lebih kasihkan arwah. semoga arwah Nurul Hafizah Binti Mohd Faizul Aris di tempatkan dikalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Amin.

bila dengar berita sedih ni, saya jadi terfikir, ajal tidak mengira usia. tak mengira waktu. bila-bila masa. bukan hanya ketika sakit, malahan ketika sihat juga. terasa nak listkan password fb supaya bila suatu hari saya pergi, dapatlah sesiapa deletekan gambar-gambar saya. sungguh saya takut pabila mengingatkan. mungkin ini peringatan buat kita semua supaya tidak terus leka dan lalai dalam meniti usia remaja.

Nota kaki: Al-Fatihah buat arwah. damailah kamu di sana. suatu hari nanti pasti kami akan menuruti jejak kamu. ;')

3 May 2012

diet

Assalamualaikum...



Diet. tajuk entry saya pada malam ni. mungkin ramai yang berpendapat, kalau tak makan, ok tu diet. kalau diet, boleh kurus. kalau kurus, cantik. kalau cantik, ha kau merepek. 

tapi sebenarnya, kalau tak makan, tu bukan diet, tapi menyeksa diri. Diet ialah mengambil sajian makanan yang mengandungi semua nutrisi yang di perlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul. Nutrisi tu merangkumi semua. ada karbohidrat sikit, protein sikit, vitamin sikit... bukannya vitamin semata-mata. kalau ada yang diet then just makan buah je tak makan nasi, konon-konon diet seimbang habisss la tu kan... jangan risau, tak lama lagi anda pasti kekembungan dan buncit. hewhew! buah-buahan tu banyak air ok.

Skip waktu makan pon bukan diet jugak. Kalau nak skip, baik puasa je kan? Diet tu macam ni, korang makan, sarapan, tengah hari, malam. tapi, kuantiti yang korang ambik tu, silalah kurangkan. makan ikut waktu!

kat bawah ni tips dari saya yang dah memang sedia kurus. haha!

1. Makan ikut waktu. korang kene makan ikut waktu. abaikan saya yang makan tak tentu waktu. hikhik!
2. Makan tu biar seimbang. Ada nasi sikit, ikan, sayur, buah. Lepas tu makan buah dulu. Bukan makan buah bila dah habis melantak semua ok.
3. Minum air masak lebih-lebih. Selagi boleh teguk korang teguk je la.
4. Jangan makan bila dah kebulur sangat je. Makan sebelum lapar. Berhenti sebelum kenyang. sunnah kan tu? hee!
5. Lepas makan, jangan terus senam or melompat. kalau korang buat, pasti terkeluar isi perut. membazir je makan. Allah tak suka orang membazir.. ;'p
6. Kalau nak diet, kene rajin buat aktiviti. jangan lah kata nak diet, tapi lepas makan tido. apalah namanya diet kalau macam tu?
7. Jangan makan tengah malam. Nanti makanan belum hadam, korang dah tido. Hish! tak bagus tak bagus.

Eh eh! lagi 1! Kalau tengok iklan farrero roche ke iklan kadbury ke, iklan kitkat ke, tolonglah jangan terpengaruh. disamping menggemukkan korang, ia nya jugak bakal mengempiskan kocek korang. Trust me.



Nota kaki: Banyak sangat bosan pulak nak baca nanti kang. (: Renung-renungkan dan selamat berdiet.

2 May 2012

Perkampungan MAWADDAH waRAHMAH

Assalamualaikum...

*BERITA GEMBIRA BUAT PENGANGGUR! hehe!

Hai kawan-kawan. mesti ramai yang tengah duduk melanguk mengadap facebook, melayan pencicit, makan tidur, makan tidur mandi je kat rumah kan? silalah katakan ye kerana saya jugak sebijik sejibik sama seperti korang. kita serupa. hehe! oleh itu, untuk tidak membuang masa, dan untuk mengisi masa terluang korang, saya nak suggest satu program. mahu? baca bawah ni. (:



tajuk entry saya sebenarnye tajuk program ni. (: macam seronok. program ni islamik. InsyaAllah bermanfaat untuk kita semua. Detail:

Tarikh: 1-3 Jun 2012
Lokasi: Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor.
Pendaftaran: RM100 seorang jika mendaftar 3 orang. RM150 bagi pendaftaran secara individu.

Berbaloi la tu kan untuk program ilmiah 3hari 2malam? bawah ni tentatif program. :)


kalau tak nampak klik gambar ye. (: tentatif pon macam seronok. so. macam mana? nak join? kalau nak, kat gambar 1st tu ada contact number kan? boleh la contact-contact. InsyaAllah ada ilmu yang korang boleh kumpul sepanjang program tu. Renung-renungkan dan selamat beribadah. (:

Nota kaki: Jom lah join. Kalau free-free tak de ape nak buat tu, daripada melepak tanpa ketahuan hala tuju, baiklah join program ni. ada jugak manfaat. (: 




26 April 2012

result

Assalamualaikum...


rasa nak nangis pulak sebab terlampau happy tengok status kawan-kawan yang happy dengan result masing-masing. baru tengok status sye dah macam nak nangis. agaknye kalau check result sama-sama kat kolej, mau berjejeran air mata gembira tak hingat. tahniah kawan-kawan. u are the best! 

kepada semua yang ANC, tahniah infinity diucapkan. kepada yang DL, tahniah lapanplohribu kali. (: kepada yang tak DL, tahniah jugak, tetaplah happy dengan keputusan sebab tu semua menunjukkan usaha korang. kepada yang repeaters, jangan risau masih panjang perjalanan. kita baru around 20 babe. 

kepada kawan-kawan sekelas, sye sangat menyanjungi anda semua sebab anda semua hebat2 belaka. mostly penah merasa DL kan? Cayalah korang!

kepada diri saya sendiri. tahniah di ucapkan. setiap kegagalan pasti ada peluang kedua dan seterusnya untuk berjaya. sekali jatuh berkali-kali kita bangun ye kawan-kawan. "satu jatuh kita bangunkan" hikhik! suka ayat ni. :')

banyak sangat kepada, rasa macam tengah tulis wasiat pulak. huhu result saya sila jangan di tanya berapa. tak sehebat kawan-kawan saya, tapi lebih hebat daripada semester lepas. yeah! saya tak sedih sebab tu lah usaha saya. mungkin belum cukup kuat usaha saya untuk DL. Degree. wait for me ok. 

sobsobsob! sye happy sangat. akhirnya dah nak konvo. padahal diploma je pon... ah. biarlah. kau tak tau erti tangisan dalam kegembiraan. haha!


Nota kaki: kejayaan milik semua orang! tahniah kawan-kawan. anda berhak menjadi yang terHEBAT. (:

masalah

Assalamualaikum...



27hb april 2012. 0900. tarikh keramat. budak UiTM. result exam. ok sambung ayat, buang titik, tambah koma, tambah penanda wacana. wee~

hari ni, ye hari ni. result exam bagi pelajar UiTM akan dikeluarkan. tapi, sekarang ni sye takmo citer pasal result yang kabur2 lagi tu. sye nak citer masalah menjelang keluarnye result.

1. masing-masing naik status kat FB twitter belog myspace dan segala macam akaun la yg diorang ade, tentang perasaan neves mereka.
2. yang pencicit (twitter) tegar pulok dok countdown ramai2 kat tweet tuh. 
3. kalau yg facebooker tegar pulok dok naik status 7 hari sebelom result kuar : 7 hari lagi. 6 hari lagi. -,-
4. kalau yang ade belog pulok, macam sye nih la. dok update post meraban tanda neves.
5. kalau yang takde ape-ape akaun, ade akaun bank jep pulok, akan golek sana sini terkebil-kebil dari kol 10 malam sampai 8pagi esok nye dek kerisauan teramat.

pendek kata, kalau nak senarai lapanploh jenis orng pon tak tau abis semua ke tak. makanya sye senaraikan 5 kategori manusia je la. haha! 

tapi menurut sye pulak, nak takut dah takde gunanya. kalau nak takut baik sebelom exam. kuar result dah bleh senyum semanis kambing. (: what u give u will get it back. macam exam la. sebanyak mana usaha kita, Allah akan bagi ganjaran setimpal dengan usaha yang kita curahkan.

saya rasa saya sangat bersungguh-sungguh semester ni (katanye!) So, saya sangat berharap result yang bakal keluar dapat buat saya tersenyum sampai telinga 7 hari 7 malam. InsyaAllah. kawan-kawan jangan risau jugak. kita semua pasti dapat result yang baik-baik. everything gonna be okay. just smile and chill~

Nota kaki: Kita semua hebat-hebat belaka kan? :')


24 April 2012

doa buat sahabat

Assalamualaikum...

sedikit doa buat mereka yang bergelar sahabat. InsyaAllah. (:

Ya Allah ... Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ..... Ya Muhaimin ... Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu. Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah ... Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu. Ya Allah ... kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah Amin.


Nota kaki: love u kawan. !

16 April 2012

Wanita yang malang

Assalamualaikum...


#Ni lah antara kategori wanita yang malang...


Wanita Ananah
: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat- buat sakit

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan "Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama sepanjang hari magilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Nota kaki: Minta dijauhkan...Na'uzubillah~


Lepaskan sahaja gelas itu!

Assalamualaikum...

#Baca dan hayati...

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!” Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?

“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”


Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?


“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa


Ingat…


“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Nota kaki: Mulakan hari dengan senyuman..=)


CANTIK vs XCANTIK

Assalamualaikum...

Jom baca perbezaan pandangan lelaki terhadap perempuan cantik dan yang tidak cantik.



#Kalau perempuan cantik pendiam, 
Lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
#Kalau perempuan tak cantik pendiam,
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

#Kalau perempuan cantik berbuat jahat,
Lelaki akan kata: mesti ada krisis nih...kesiannyer...
#Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat,
Lelaki akan kata: dah la tak lawa, perangai plak mcm sial!!

#Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan,
Lelaki akan kata: wow! heroin sejati...
#Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan,
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

#Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome,
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang di belah dua...
#Kalau perempuan tak cantik dapat lelaki handsome,
Lelaki akan kata: kesian...mesti dah kena bomoh lelaki tu...

#Kalau perempuan cantik di tinggal kekasih,
Lelaki akan kata: buta kayu betol mamat tu!!
#Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih,
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

#Kalau perempuan cantik bawa BMW,
Lelaki akan kata: mesti anak orang kaya ni...
#Kalau perempuan tak cantik bawa BMW,
Lelaki akan kata: 
 entah dato' mana bela ni... 

#Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
#Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

#Kalau perempuan cantik bersedih hati,
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
#Kalau perempuan tak cantik bersedih hati,
Lelaki akan kata: sikit-sikit nangis!!gembeng betol..ngade2 la...

#Kalau perempuan cantik pandai masak,
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
#Kalau perempuan tak cantik pandai masak,
Lelaki akan kata: entah sedap ke tak tu...

#Kalau perempuan cantik miskol-miskol,
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
#Kalau perempuan tak cantik miskol-miskol,
Lelaki akan kata: kau ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!
#Kalau perempuan cantik hantar email hari-hari,
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
#Kalau perempuan tak cantik hantar email hari-hari,
Lelaki akan kata: asyik-asyik email dia...boring!

Ok. Dah banyak sangat ni. Apa pulak tanggapan perempuanterhadap lelaki handsome dan tak handsome? Tunggu lah entry akan datang ye..=)

Nota kaki: Kalau jumpa lelaki macam ni rasa nak bagi penyepak je..Demand tinggi pulak nak yang cantik je..=p

12 April 2012

Mesej kekasih~

Assalamualaikum...

#sila baca dan fahami..=)

*********************************************************

Perempuan : Awk.. Kenape awk tak penah ajak sy tengk wayang atau keluar jalan2 macam pasangan lain?

Lelaki : Saje..

Perempuan : Saje ke atau awk malu nk kuar ngan sy?

Lelaki : Mana ada..

Perempuan : Kenape kita tak penah gayut malam2 macm pasangan lain?

Lelaki : Sebab sy nak jimat kredit..

Perempuan : Sampai hati awk kan? Kenape ye kwn sy panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awk tak pernah pun panggil saya ''sayang''?

Lelaki : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah..

--> Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 kekasihnya.. Beberapa minit kemudia dia menerima satu mesej..

Lelaki : Sy tak penah ajak awk kuar tngk wayang ngn jalan2 sbb nanti bila kita dah kahwin, awk takkan rasa boring nak kuar ngan sy dan sy nak saat tuh nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup sy.. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Mcm2 boleh terjadi kan? Sy tak nak gayut ngn awk mlm2 bukan sebab sy nk save kredit ke ape tapi sy tak nak diri sy hanyut dengar suara merdu awk.. Biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akan lebih menghargainya.. Sy tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya dan dpt menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. Sy sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri..

Perempuan : Sambil menangis terharu berkata " terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu.. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yg sah".

******************************************************

Nota kaki: Speechless~


11 April 2012

Am I deserve for it?

Assalamualaikum...

Hai! Jom borak-borak santai malam-malam ni..=) Dulu-dulu, saya selalu ingat yang orang, kalau konvo je, mesti semua dapat bunga yang ada teddy bear tu. Every single person yang konvo MESTI dapat. Ha, tu lah tanggapan saya dulu-dulu. Tapi rupanya saya silap. Haha! Bunga tu tak semua orang dapat..;) Sweetnye siapa yang dapat kan? Seriously, saya sangat mahukannya! Haha!

::Sweetnye::

;) Tapi saya tau, mustahil for me to get it even the small one. Saya tak berharap walau sekuntum mawar pon. Kalau ada yang sudi hantar saya time konvo tu pon saya dah cukup bersyukur. InsyaAllah~ Tapi kalau ada yang belikan saya bunga teddy bear ni, for sure akan berjejeranlah air mata saya kerana terharu tak ketahuan hala. Haha!

Ok. Saya tau saya tak layak. ;) It's ok. Dah biasa. Haha! Saya hanya menyatakan keinginan. Tak salah kan? =P Jom sambung layan cerita Harry Potter! ;-D

Nota kaki: Saya sangat bersederhana orangnya. Macam Harry Potter. (tiba-tiba) 

8 April 2012

Together at Pantai Baluk

Assalamualaikum...

"...satu jatuh, kita bangunkan..."

Teringat sebaris ayat dalam video ni : Montaj Part 6. So, saya teringin nak garapkan satu baris ayat ni dalam family PSSGM jugak. ;)

Pada 2hb-6hb April yang lepas, kami, iaitu anak-anak Gayong UiTM Jb telah mengadakan satu perkhemahan di Pantai Baluk. Wakil daripada UiTM Segamat turut dijemput untuk turut serta. Terima kasih di ucapkan kepada yang sudi turut serta.


Honestly, pada mulanya saya rasa sangat terpaksa untuk turut serta. Sebab? Takde kawan, takde mood, takde semangat. Yup! Kosong. Tapi bila difikirkan semula, tak rugi rasanya untuk turut serta. So, saya gagahkan juga untuk pergi. Dan saya selamat berada di sana selama seminggu walaupun awal perkhemahan kerap menyatakan rasa bosan, nak lari, nak balik, macam-macam lah! At last, it's awesome!

Memang banyak manfaat berada di Baluk. Saya jumpa kucing makan guna tangan! Saya belajar untuk sabar, saya belajar untuk ikhlas, saya belajar untuk bercampur dengan orang yang saya kurang rapat, saya belajar hidup bersederhana, dan saya belajar keringkan rambut guna hand dryer kat toilet. Bhahaha!~ Saya belajar berenang jugak. Saya belajar lompat pacat walaupun pinggang sakit terhentak. Belajar main parang walaupun lengan lenguh pegang parang lama-lama. Hee~ Saya belajar masak banyak-banyak, buat air teh sedap ustaz ajar, buat kopi. =) Banyak yang saya belajar. Saya tau kawan-kawan yang lain pon sama. =)

Buat kawan-kawan daripada Segamat, Dibuss dengan Syasha mungkin dah biasa, so no worries. Bagi Nazhatul, Epi, dan Ani, mungkin korang rasa bosan takde kawan rapat dari Segamat, but trust me, kami dari Larkin sangat peramah ok. Haha! Mungkin antara kita (JB-Segamat) pernah ada ketidakpuasan hati, kata-kata belakang, umpat-mengumpat, sindir-menyindir, pendam-memendam..who knows.. tapi percayalah, kemaafan sentiasa ada. Kita semua sama kan. Kita sama-sama ada hati, ada perasaan, ada kelebihan, ada kekurangan, so, diharapkan takde lah jurang antara kita. Hopefully. Saya bagi pihak Larkin memohon maaf atas segala kekurangan. InsyaAllah.

Sepanjang di Baluk, kami sempat berkenalan dengan seorang guru silat yang pernah mengajar Cikgu Khairudin, iaitu Cikgu Fadzilah. Banyak juga ilmu yang sempat beliau turunkan. Alhamdulillah. Kami juga sempat bertandang ke rumah Cikgu Rahim a.k.a Naga Chini dalam perjalanan pergi ke Pantai Baluk. 

Dalam gembira pasti ada terselit kesakitan. Beberapa orang anak Gayong turut mengalami kecederaan ketika bermain pisau. Alhamdulillah semangat mereka masih kuat. InsyaAllah.=) Banyak perkara yang kami lalui bersama sepanjang berada di Baluk. Bersilat bersama, memasak bersama, main bom-bom, berjogging bersama, berenang bersama, dan hitam bersama! haha! Agak letih, tapi inilah pengalaman, inilah kenangan kita. 

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Seriously rasa sedih masa nak balik. Haha~ Nak lambai pon macam tak mampu. Masa salam-salam pun tak mampu nak cakap. ;) Haha! Kelakar. Ingat saya rindu korang ke? Tak ok! LOL~ ;-p

Nota kaki : Kita semua satu FAMILY. Mana yang kurang kita betulkan, mana yang salah kita maafkan, yang penting ikhlas. "satu jatuh, kita bangunkan, begitulah berkeluarga". Terima kasih kawan-kawan, terima kasih cikgu-cikgu!

7 April 2012

Mentera Semerah Padi

Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi

Nota kaki: Love this song..;)

Pengakuan.

Assalamualaikum...



Dua orang kat atas ni ialah mak dan ayah saya...=) dan mereka dah pun meninggal dunia...;) Kepada kawan-kawan yang curious nak tau pasal parents saya, nah baca. 

Bukan niat saya nak sembunyikan atau menidakkan takdir. Tapi pada saya, benda ni tak penting pun untuk di ceritakan. Kalau pun ada yang terlajak tanya or terlajak cakap apa-apa pasal mereka, seriously, I never mind...as long as korang tak say sorry. Sorry tu buat orang rasa macam...err..sedihnya! Hah! Macam tu lah lebih kurang. So, kalau nak tanya, just tanya. Tak payah nak kalis-kalis say sorry dulu bagai. 

Mereka meninggal dunia masa umur saya 7 tahun. Kalau tak silap masa tahun 1998, 25 Mei. Almost 14 years. Sebab? Kemalangan. Van vs lori. Masa tu, nyaris saya dengan abang nak ikut. Kalau kami ikut, mesti korang tak kenal saya kan? Haha~ Tipu lah kalau tak sedih. Masa tu yang pasti saya tak nangis sebab saya ingat tu macam lakonan dalam tv tu. Memang otak drama masa tu. 

Biasanya balik sekolah, saya akan tanya kat abang. Macam teka teki la konon. 

Aku: Abang Z! Cuba teka mak ngan abah pegi mana?
Abang: Meniaga.
Aku: Betul!!! Terer la...mana tau?
Abang: -,- Hari-hari soalan sama.

Fine! Tapi maghrib tu, jiran sebelah rumah tetiba ajak kitorang semua: saya, abang, dan nenek, naik kereta dia. Saya pun dengan suka hati ikut. Ingat lagi, jiran saya sibuk cakap kat saya, jangan nangis. Saya tanya nak pegi mana, dia cakap hospital. Owh. Sampai hospital saya dan abang di heret masuk ke dalam bilik kecemasan. Saya tengok ada mak saya. Dengan wayar sana sini. Darah kat hidung, telinga. Abang dah nangis-nangis. Tapi saya tak nangis sebab saya konfiden je tu salah satu babak dalam tv. Dalam hati saya cakap, nanti mesti mak bangun. Sejak bila ntah jadi pelakon. Berlakon sakit bagai. Lepas tu kami di bawa pulak ke 1 bilik yang penuh dengan peti. Ada abah. Pon saya pelik. Kenapa duduk dalam peti tu. Dah tak sempat ke nak balik tidur kat rumah... Nenek masa tu saya tengok dah nangis jugak. Peluk bajuk mak. Haish! Serius tak faham masa tu. 

Saya diam je sampai kat rumah. Kat rumah abang nagis lagi. Saya cakap, woi sembahyang la. Nanti mak dengan abah marah kalau tak sembahyang. Nangis je dari tadi! Malam tu mak dengan abah tak balik. Berlakon la tu. 

Esoknya, masa main masak-masak kat belakang rumah, saya tengok sedara-mara ramai yang datang. Lagi lah saya pelik sebab setahu saya, tak de pon kenduri kawen. Ucu pon lambat lagi nak kawen. Tiba-tiba saya nampak orang usung mayat naik kat rumah. Ada 2. Makcik saya pun panggil saya. Dia tanya, tak nak tengok mak dengan abah? Saya cakap la saya dah tengok semalam. Buat apa tengok banyak kali... then sambung main...hinanye xde perasaan! haha! 

Tak lama lepas tu, diorang ajak saya pergi kubur. Abang nangis-nangis tak nak ikut. Saya dengan muka tak berperasaan terus je menonong ikut. Masa kat kubur saya tengok orang tu semua tanam mak dengan abah kat kubur. Fine. Masa tu baru la air mata nak menitik. Hujan jugak masa tu. 1st time nangis sebab mak dan abah. Saya rasa sebenarnya saya dah tau dari dekat hospital yang mak abah saya dah tak de.Ramai dah bagi tau, mak dengan abah dah tak de. Tapi masa tu cuba jugak nafikan selagi tak nampak diorang kena tanam. Sebab ape? Sebab saya nak sangat tunjuk result exam pertengahan tahun darjah 1 masa tu kat diorang. Diorang janji nak bagi hadiah kalau dapat no 1, 2, 3. Saya no 2. Memang terbaik lah 'hadiah' ni! Exam akhir tahun no 11! haha!

Lepas tu hidup kembali normal. Stay dengan nenek yang dipanggil atok. Sampai lah masa sem 2 dekat UiTM, atok pon meninggal. Depan mata. Sebab jatuh dekat bilik air. Pon saya tak nangis, sebab masa tu raya haji. ;) Saya ni tabah sebenarnya. Haha! Dan sekarang saya masih lagi menjalani kehidupan normal bersama my only abang dan family pakcik yang caring. Abang saya pon semakin caring. Mesti sebab kesian kat adik dia yang kurang kasih sayang ni. Ceit! 

Nota kaki: Percayalah kawan-kawan, sebuah kehilangan yang besar akan membuat korang menjalani kehidupan dengan lebih tabah. Tak salah mengenang orang yang dah tak de, meratapi tu yang salah. ;)

2 March 2012

Kenangan kita @UiTM Kampus Bandaraya Larkin, JB

Assalamualaikum...

setiap yg kita impikan tak selalunya indah.
kesunyian mengajar kita hidup berdikari.
tangisan adalah kasih sayang. 
namun, 1 yg kita akan ingat seumur hidup ialah kenangan.
kenangan kita masih di sini, xkan luput. 

 ::DBS part 2 class 2010::


 ::orientering @Pekan, Pahang::


 ::PGN @Grand Bluewave::

 ::Trip ENT @N9::


::Grading @Pantai Balok::


::Trip PR @JLKN::


::CCT 2011::


::annual dinner MBA 2011::


::Induksi MBA::


::Dorm B204 2009/2010::


::MDS 2010::


::MPG @Larkin::


::Miss Fazlin's wedding @Kota Tinggi::


::MPG @Segamat::


::Open house::


::The Smurfs @CS::

::Trip IB @Lata Kinjang::


::Trip IB @Syamille Agrofarm::


::Dinner MBA 2012 @Hotel Selesa::
::Mandi-manda @Desaru::


::Trip PSSGM @Taiping::


::Explorace @Hutan Bandar::

Dear my friends, thanx for everything. 
thanx for the joy. thanx for the happiness. i appriciated it. 
My hearts beat, our memories goes with.

Nota kaki: Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..;) 

6 February 2012

Kematian

Assalamualaikum...

Firman Allah bermaksud: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Munafiqun: Ayat 11)

Dalam mengingati kematian, Al Ghazali membahagikan manusia kepada tiga tingkatan iaitu:

i. Al Munhamik, iaitu orang yang tenggelam dalam tipu daya dan hawa nafsu dunia. Ia tidak ingat kematian dan enggan untuk diingatkan mengenai kematian. Jika diingatkan pula, akan menjauhkannya daripada Tuhan. Orang seperti ini kurang mempersiapkan bekal untuk menghadapi kematian bahkan hidup mereka terus bergelumang dosa dan maksiat.

ii. At Taib, iaitu orang yang selalu bertaubat memohon keampunan daripada Allah. Ia banyak mengingati kematian yang mendorongnya beramal dan mempersiapkan bekalan di akhirat. Kalaulah tidak menyukai kematian tidak lain kerana mereka khuatir bekalan yang dipersiapkan belum cukup hingga dalam keadaan demikian takut menghadap Allah.

iii. Al ‘Arif, iaitu orang yang mengetahui kedudukan dirinya di hadapan Allah. Ia sentiasa mengingati kematian bahkan selalu menanti saat kematian kerana baginya kematian adalah detik pertemuan dengan Allah, Zat yang selama ini dicintai selain memiliki persiapan untuk menghadapi kematian.

Menurut pandangan ulama, mengingati kematian di samping dapat meringankan beban duniawi, mampu melembutkan hati manusia.

Mengingati kematian turut mendorong tindakan positif. Manusia akan mengisi hidup yang singkat dengan perkara kebaikan sama ada pada peringkat peribadi, masyarakat, bangsa dan agama.

Sesungguhnya, apabila kematian menjenguk seseorang, tanah dan pasir akan menjadi tempat tidurnya. Munkar dan Nankir menjadi temannya. Kubur menjadi tempat tinggalnya. Hari kiamat menantinya dan syurga atau neraka tempat kembali.


Nota kaki: Selamat beramal~ Article from: Arbain Muhayat, 2008.