"...satu jatuh, kita bangunkan..."
Teringat sebaris ayat dalam video ni : Montaj Part 6. So, saya teringin nak garapkan satu baris ayat ni dalam family PSSGM jugak. ;)
Pada 2hb-6hb April yang lepas, kami, iaitu anak-anak Gayong UiTM Jb telah mengadakan satu perkhemahan di Pantai Baluk. Wakil daripada UiTM Segamat turut dijemput untuk turut serta. Terima kasih di ucapkan kepada yang sudi turut serta.
Honestly, pada mulanya saya rasa sangat terpaksa untuk turut serta. Sebab? Takde kawan, takde mood, takde semangat. Yup! Kosong. Tapi bila difikirkan semula, tak rugi rasanya untuk turut serta. So, saya gagahkan juga untuk pergi. Dan saya selamat berada di sana selama seminggu walaupun awal perkhemahan kerap menyatakan rasa bosan, nak lari, nak balik, macam-macam lah! At last, it's awesome!
Memang banyak manfaat berada di Baluk. Saya jumpa kucing makan guna tangan! Saya belajar untuk sabar, saya belajar untuk ikhlas, saya belajar untuk bercampur dengan orang yang saya kurang rapat, saya belajar hidup bersederhana, dan saya belajar keringkan rambut guna hand dryer kat toilet. Bhahaha!~ Saya belajar berenang jugak. Saya belajar lompat pacat walaupun pinggang sakit terhentak. Belajar main parang walaupun lengan lenguh pegang parang lama-lama. Hee~ Saya belajar masak banyak-banyak, buat air teh sedap ustaz ajar, buat kopi. =) Banyak yang saya belajar. Saya tau kawan-kawan yang lain pon sama. =)
Buat kawan-kawan daripada Segamat, Dibuss dengan Syasha mungkin dah biasa, so no worries. Bagi Nazhatul, Epi, dan Ani, mungkin korang rasa bosan takde kawan rapat dari Segamat, but trust me, kami dari Larkin sangat peramah ok. Haha! Mungkin antara kita (JB-Segamat) pernah ada ketidakpuasan hati, kata-kata belakang, umpat-mengumpat, sindir-menyindir, pendam-memendam..who knows.. tapi percayalah, kemaafan sentiasa ada. Kita semua sama kan. Kita sama-sama ada hati, ada perasaan, ada kelebihan, ada kekurangan, so, diharapkan takde lah jurang antara kita. Hopefully. Saya bagi pihak Larkin memohon maaf atas segala kekurangan. InsyaAllah.
Sepanjang di Baluk, kami sempat berkenalan dengan seorang guru silat yang pernah mengajar Cikgu Khairudin, iaitu Cikgu Fadzilah. Banyak juga ilmu yang sempat beliau turunkan. Alhamdulillah. Kami juga sempat bertandang ke rumah Cikgu Rahim a.k.a Naga Chini dalam perjalanan pergi ke Pantai Baluk.
Dalam gembira pasti ada terselit kesakitan. Beberapa orang anak Gayong turut mengalami kecederaan ketika bermain pisau. Alhamdulillah semangat mereka masih kuat. InsyaAllah.=) Banyak perkara yang kami lalui bersama sepanjang berada di Baluk. Bersilat bersama, memasak bersama, main bom-bom, berjogging bersama, berenang bersama, dan hitam bersama! haha! Agak letih, tapi inilah pengalaman, inilah kenangan kita.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Seriously rasa sedih masa nak balik. Haha~ Nak lambai pon macam tak mampu. Masa salam-salam pun tak mampu nak cakap. ;) Haha! Kelakar. Ingat saya rindu korang ke? Tak ok! LOL~ ;-p
Nota kaki : Kita semua satu FAMILY. Mana yang kurang kita betulkan, mana yang salah kita maafkan, yang penting ikhlas. "satu jatuh, kita bangunkan, begitulah berkeluarga". Terima kasih kawan-kawan, terima kasih cikgu-cikgu!
3 comments:
wah bestnye dh alam tak p sana
perbah pegi jgak??
*pernah.
Post a Comment